• Home
  • Pengenalan SRS
  • Ahli SRS
  • Galeri
  • “KICK START” UNTUK BERJAYA

    Tuesday, February 8, 2011
    Seringkali persoalan tentang penggunaan masa dan usaha bermain dalam kehidupan harian kita terutamanya bagi yang masih belajar. Namun, persoalan yang sama bukanlah asing bagi yang sudah bekerja atau yang sibuk menguruskan rumah tangga.
    Pernahkah kita sedari bahawa penggunaan masa yang berkesan banyak menyumbang kepada kejayaan? Pernahkan kita terfikir mengapa sejak dari kecil kita terperangkap dengan persoalan yang sama walaupun pengalaman kita semakin bertambah seiring peningkatan usia?
    Memang sunat hukun alam dimanan kita akan dilanda dengan bayak ujian dan dugaan . Malah , hidup yang dibaratkan roda , ada masanya kita berada diatas dan ada ketika ketikanya kita berada dibawah.Maka terimalah itu dengan hati terbuka .





    TIPS2…...


    1. Kenali kelemahan diri anda yang membawa kepada penggunaan masa yang kurang efektif. Contohnya, suka tengok video dalam jangka masa yang lama.
    2. Cuba fikirkan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan di atas. Contohnya, hadnya masa yang digunakan untuk perkara tesebut (kurang masa tengok video kepada satu sahaja)
    3. Minta tolong sahabat atau saudara untuk ingatkan [I]dateline[/I] atau ingatkan anda untuk menggunakan masa sebaiknya.
    4. Perhatikan kawan anda yang bijak menguruskan masa. Cuba contohi mereka.
    5. Pastikan anda berada dalam persekitaran yang membina dan mendorong untuk menggunakan masa sebaiknya. Contohnya, pergi ke perpustakaan di mana persekitarannya sangat membantu anda untuk mentelaah pelajaran.
    6. Yakin anda mampu berubah untuk menggunakan masa sebaiknya.
    7. Jangan putus asa jika cubaan tidak berjaya. Bagi peluang untuk diri anda berubah.
    8. Jangan terlalu selesa dengan kelapangan masa. Sediakan diri untuk menghadapi saat-saat kesuntukan masa.
    9. Berdoalah selalu kepada Allah, Dialah pemilik hati kita. Allah itu dekat, mungkin kita yang menjauhkan diri dari-Nya.


    Akhirnya, yakinlah bahawa kita mampu berubah dan mampu memulakan "kick start" untuk diri kita sendiri. Jangan tunggu masa berlalu, kejayaan hanya pinjaman, jadikan kegagalan sebagai satu kemanisan dengan mengambil pengajaran.

    Aura Nasihat Dan Teguran

    Tuesday, January 25, 2011
    Hari-hari yang kita lalui seakan kosong dan tidak bermakna sekiranya kita hidup tanpa teguran daripada para sahabat, keluarga, guru-guru dan sesiapa sahaja.

    Tahukah anda, apabila kita menegur seseorang terdapat satu aura yang kuat untuk membolehkan seseorang itu berfikir kembali tentang kesalahan yang telah mereka lakukan?


    Sekiranya anda tidak percaya, cuba anda berikan teguran kepada rakan anda sekiranya mereka melakukan kesalahan. Sudah tentu setiap nasihat dan teguran itu akan membuatkan mereka berfikir kembali tentang kesalahan yang telah dilakukan.

    Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Ada yang menggunakan cara lemah lembut untuk menegur seeorang, ada yang menggunakan cara yang keras dan ada juga yang menggunakan cara yang berhikmah untuk menegur.

    Kesemua ini ialah teknik dan cara menegur mengikut tahap ilmu yang telah dimiliki. Teguran dan nasihat amat diperlukan bagi setiap manusia. Kita amat memerlukan teguran dan nasihat daripada insan di sekeliling kita. Kita memerlukan mereka untuk meruntuhkan kubu ego yang kita miliki.

    Terdapat manusia yang sudah terlalu tinggi ilmunya dan pantang sahaja ditegur lalu mereka akan melenting sekiranya ada insan lain yang kurang berilmu menegur mereka. Hari ini jika dilihat suasana di sekeliling, terlalu ramai manusia yang memerlukan nasihat, teguran dan bimbingan daripada orang di sekeliling mereka.

    Jika diteliti, nasihat dan teguran ini amat diperlukan oleh mereka yang ingin berubah. Ramai yang cuba berubah tetapi mereka tidak mendapat bimbingan daripada orang di sekeliling. Saya juga turut merasakan aura tersebut kerana setiap teguran dan nasihat itu ikhlas daripada hati mereka yang menegur saya. Mereka tidak mahu saya hanyut dalam buaian dunia sendiri.

    Setiap teguran memerlukan masa untuk kita merenung kembali kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya kita akan cuba sedaya upaya mengubah sedikit demi sedikit setiap kesalahan yang telah dilakukan. Hal ini amat berbeza kepada mereka yang tidak mendapat teguran dan nasihat daripada orang di sekeliling.

    Cubalah melihat mereka yang tidak ditegur. Adakah mereka akan berubah? Tanya pada diri anda?

    Manusia amat sukar mengenali kesalahan diri sendiri tetapi orang di sekeliling mereka boleh mengenalinya.

    Jika tiada teguran daripada orang di sekeliling, kita berkemungkinan merasakan diri kita sudah cukup hebat. Setiap teguran daripada orang di sekeliling akan sukar untuk diterima. Ilmu yang diperolehi menyebabkan kita ego dan sukar menerima kenyataan.

    Tetapi, apabila ditegur kita secara spontan akan memikirkan kembali kesalahan diri dan hal ini disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati seseorang itu untuk menjadi manusia yang terbaik. Bermula daripada teguran itu, ego mungkin akan runtuh jua satu hari nanti. Setiap teguran dan nasihat juga sebenarnya menyebabkan manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain.

    Manusia saling memerlukan. Mereka memerlukan bimbingan, teguran dan nasihat. Tanpanya mereka akan hanyut dalam dunia sendiri. Walaupun mungkin saling membenci akibat satu teguran tetapi percayalah teguran itu akan sentiasa diingati kerana tingginya nilai aura nasihat dan teguran itu.
    Pepatah Arab ada mengatakan ;

    " Katakanlah yang benar walaupun pahit. "

    Demi rakan tercinta, tegurlah mereka walupun ianya pahit. Walaupun ianya boleh membuatkan hubungan anda retak tetapi itulah perkara terbaik yang sudah anda lakukan untuk membuktikan kasih sayang anda kepada sahabat anda itu.

    Mari Aku Khabarkan Tentang Cinta

    Monday, January 24, 2011
    Aku khabarkan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta yang memang tidak pernah putus-putus.Lantas kebahagian, cinta diraih lalu impian disulam bersemadi.Tidak akan terputus dari susunan kata yang terungkap indah lalu diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencinta itu sendiri.

    Keunikan Cinta.

    Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis.

    Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat menjadi  amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap kata-kata yang manis.

    Lalu kita membicarakan tentang cinta.

    Di sini, didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap helaian kamus anda akan menjumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau akan jumpa pengertiannya.

    Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai kita yang mencipta segala cinta yang tercipta. Diungkapkan madah-madah cinta seperti kita sang pujangga  yang hebat?

    Apakah cinta itu pada hubungan Adam dan Hawa dan kisah-kisah manusia lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti bait-bait ilmunya.

    Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami melalui jelas sifatnya cinta itu sendiri.

    Analogi cinta sebagaimana Iman, tersembunyi dalam hati terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah yang dipacakkan dan nafas yang dihembus.

    Iman yang dipahatkan bersulamkan takwa dan hati seorang hamba.

    Cinta Dipahat pada Jalur Pengorbanan.

    Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat tidak ada jelas bezanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban.

    Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila. Cinta si ibu kepada anaknya tidak terhingga untuk membesarkan anaknya dan seorang ayah sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa kepada sebuah keluarga.

    Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Kenikmatan Yusuf a.s. memilih kehidupan di penjara kerana dilihatnya nikmat sebenar di sana.

    Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap kata-katanya daripadanya diambil untuk panduan dan bekalan kita semua.

    Oleh sebab nikmat jugalah pejuang teragung Muhammad s.a.w. tidak  pernah berhenti berjuang.

    Bicarakan tentang Cinta.

    Maka ada bezanya antara cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Aku cuba jelaskan bezanya di sini. Apabila kau baca lihat makna cinta, lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia.

    Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya melihatnya.

    Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki kepada Penciptanya yang Agung.

    Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu bezanya pada dasarnya.

    Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi.

    Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi.

    Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Begitu juga cinta Majnun dan Laila, ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.

    Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada segenap keindahan noktah Penciptanya.

    Pada Dia Pemilik dan Pencipta cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan pada naluri.

    Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada Tuhannya.

    Dan kerana cinta itu pada kuncinya adalah satu, hanya kepada Allah. Yang  tidak terjangkau oleh masa.

    Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada Kekasihnya.

    Hatta, nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang dimiliki olehnya adalah pinjaman daripada Pencipta.

    Kekasihnya yang hakiki dan cinta abadi. Letakkan cinta pada tempat yang seadil-adilnya.

    Kembali aku kepada nilai kehidupan yang kujalani, lantas aku bertanya adakah semuanya kulakukan bagai seperti apa aku katakan?

    Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada Tuhanku dan Nabiku?

    Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku.

    Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak.

    Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah daripada cinta Penciptanya jua.

    Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia.

    Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani.

    Minda sedar dan minda separa sedar

    Thursday, January 13, 2011

    Minda sedar adalah bahagian minda yang mengawal aktiviti sedar kita, iaitu pergerakan tubuh, perkataan dan perbuataan yang kita boleh kawal sepenuhnya. Kita boleh pilih sama ada nak buat atau tak nak buat.
    Minda separa sedar pula adalah bahagian minda yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh diluar kawalan penuh kita. Minda separa sedar mengawal denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, dan pemikiran. Minda separa sedar buat kerja tanpa kawalan kita.
    Mungkin anda tak tahu, emosi kita, perasaan, idea-idea dan segala ilham, semua tu datang dari minda separa sedar. Kita tak boleh kawalsebab ia akan muncul begitu saja. Kita hanya boleh minta pastu tunggu untuk dia keluar.
    Minda separa sedar berfungsi dengan cukup baik sekali di kala suasana tenang dan di kala kita sedang relaks. Pada ketika itu juga, Anda boleh mempengaruhi minda separa sedar dengan berimaginasi atau mengucapkan kata-kata pada diri (di dalam hati) dengan penuh bersahaja.
    Jika anda meneliti orang-orang yang berjaya, kebanyakan daripada mereka tenang-tenang saja, tak menggelabah dan tak cepat panik. Diorang OK, steady dan santai walaupun berada dalam situasi penuh kelam-kabut.
    Bila Anda nak berjaya dalam apa yang Anda lakukan sekarang ni, Anda perlu belajar bagaimana untuk memanfaatkan minda separa sedar supaya menarik apa yang Anda mahukan.
    Kita akan belajar membuat minda tau apa yang kita mahukan melalui imaginasi. Dengan banyak mengimajinasikan apa yang kita mahu, minda separa sedar kita akan faham itulah apa yang kita mahukan.
    Mulai sekarang, hati-hati dengan apa yang selalu Anda fikirkan dan apa yang selalu Anda bayangkan kerana itulah yang akan dijelmakan oleh minda separa sedar Anda ke alam realiti.

    Motivasi Kerja-Tips Asas Bagaimana Menjadikan Diri Bersemangat




    Di kala Anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati Anda dengan istighfar.
    Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja Anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja Anda.
    Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang Anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.
    Jika Anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran Anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup Anda. Lama kelamaan Anda hilang semangat nak pergi bekerja!.
    Penyelesaianya, niatkan kerja Anda sekarang ni satu cara untuk Anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya Anda.
    Jika Anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang Anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.
    Moga dari situ, rezeki Anda murah jadinya hingga membuat Anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.

    2 Sebab Kenapa Anda Tak Gembira




    1. Sebab Anda sering persoalkan HAK, bukan melebihkan PERANAN dan SUMBANGAN.
    Anda mempersoalkan hak, maruah dan siapa Anda kerana Anda di api-apikan oleh rasa EGO. Setiap orang ada ego masing-masing cuma dalam jumlah berbeza-beza. Anda tak gembira sebab Anda tak mainkan peranan dalam komuniti Anda berada sekarang ni – di rumah, di pejabat, di sekolah, di tempat kerja, di kalangan kawan-kawan Anda.
    2. Sebab Anda selalu ingat kesusahan di masa lalu.
    Anda selalu ingat kata-kata buruk yang orang lemparkan pada Anda. Anda selalu bayangkan kesusahan di masa lalu. Anda selalu fikirkan orang-orang yang menyakitkan hati Anda. Anda tak pernah memberi ruang untuk hati Anda mensyukuri nyawa dan hidup Anda!
    Untuk Anda jadi gembira dan merasa gembira, bBe humble, bersederhana dan bantulah orang lain ikut kemampuan Anda. Orang lain ini adalah orang-orang di sekeliling Anda. Mulakan dari rumah atau di tempat Anda berada sekarang.
    Cuba bantu mak Anda buat kerja-kerja rumah. Bantu dia sebab Anda ikhlas nak bantu. Just do it! Anda akan rasa gembira melihat orang lain gembira apatah lagi orang tu adalah ibu Anda. Contoh lain, jika Anda bekerja, relakan diri membantu kawan tanpa di minta, tanpa di sangka-sangka. Bantu sebab nak buat apa yang perlu, bukan nak harap pujian. Lakukan ini selalu dan Anda rasa gembira apabila dia kata ‘thank you’.

    Wadah pembuka bicara

    Tuesday, January 11, 2011
    Assalamualaikum wbt..


    Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izinNya maka terhasillah blog bagi Sahabat Rakan Siswa KIPSAS atau dikenali sebagai SRS KIPSAS di bawah unit kaunseling.Tujuan penubuhan blog ini adalah bagi mendekatkan pelajar-pelajar KIPSAS dengan Unit Kaunseling bagi memudahkan bicara melalui alam maya.


    Seiring dengan perkembangan teknologi,Blog ini juga memudahkan pelajar mencapai rangkaian maklumat dari Unit kaunseling dengan hanya melayari Blog ini..Sekalung tahniah kepada Penaung SRS iaitu Pn Nur Yani bt Che Hussin selaku penaung dan penasihat Kelab SRS ini dan tidak lupa juga kepada Cik Siti Norma bt Markan yang juga penasihat kepada kelab ini.


    Tidak lupa juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi SRS yang bertungkus lumus bagi memantapkan organisasi ini untuk lebih efisyen dan terkini seiring dengan arus permodenan..Dan kepada Mantan-Mantan SRS,terima kasih yang tidak terhingga diucapkan diatas khidmat bakti yang telah diberikn selama ini kepada SRS bagi generasi yang baru ini.


    InsyaAllah,Sesuai dengan tugasnya.SRS akan cuba menambahbaikan dan memantapkan struktur Organisasi bagi tujuan memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar KIPSAS khususnya...